Resepi Cheesekut Oreo - Lovely Sunshine Resepi Cheesekut Oreo

Resepi Cheesekut Oreo



Assalamualaikum,

Entri kali ini ialah resepi cheesekut oreo. Saya buat cheesekut ini pun sebab permintaan sepupu. Saya cuma buat satu loyang sahaja. 

Bahan-bahan

250g cream cheese Tatura
5 sudu besar susu pekat manis; kalau suka manis tambahlah lagi
6 sudu besar susu Dutch Lady full cream
1 1/2 cawan susu Dutch Lady full cream; panaskan dan tak perlu sampai mendidih
biskut Oreo coklat
biskut crackers; saya guna jacobs cream crackers

Cara-cara

  1.  Campurkan cream cheese, susu pekat manis dan susu Dutch Lady ke dalam satu bekas. Pukul guna mixer atau blender. Saya menggunakan blender untuk pukul semua bahan. Pukul sehingga sebati dan berkrim.
  2. Sediakan bekas, tuangkan susu yang telah dipanaskan tadi dan celup biskut cracker ke dalamnya. Jangan terlalu lama. Nanti biskut lembik.
  3. Masukkan biskut oreo ke dalam sealable plastic, dan hancurkan menggunakan rolling pin atau cawan plastik sehingga hancur. Krim biskut boleh dibuang jika mahu. Saya tak buang krim Oreo sebab dah manis tak perlu nak pakai susu pekat banyak sangat.
  4. Kemudian, susun biskut dalam bekas, kalau boleh rapat-rapat, tuangkan adunan cheese dan ratakan. Tabur biskut Oreo sebanyak mana yang anda mahu. Ulang sehingga cheese dan oreo habis dan bekas penuh. Saya buat sebanyak empat layer. Dah siap.
  5. Masukkan dalam peti ais semalaman.

ini sahaja yang saya dapat tunjuk

Keluar sahaja daripada peti ais, ramai berebut nak makan. Saya sempat rasa satu saja. Yang buat permintaan dua orang, yang makan lebih dua orang. Tak apalah mak, ayah, abang, kakak dan adik saya, lain kali saya buat lagi. Tukang makan sedap, kalau free nak lagi. Itu sahaja untuk hari ini.

p/s: anda boleh buat perisa ikut citarasa sendiri.. apa pun jenis perisa, pasti sedap.

thanks for reading


Post a Comment

4 Comments

  1. Resepi mudah ni...
    Nnt nak cuba buat juga...
    Thanks sharing...

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni tak pernah dengar cheesekut, lepas sepupu buat permintaan baru tahu. Sedap pulak tu. Rugi tak cuba.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. lepak sambil baca buku sambil nguyah..
    Pergh!! Nikmatnya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.